RSS

Tembok Batu 2034

“ Ahmad Adam Bin Iskandar, anda telah dijatuhkan hukuman penjara selama 21 tahun atas kesalahan membunuh tanpa niat. Anda telah didakwa dibawah Seksyen 304(a) kanun keseksaan”.

Hambar. Gambaran perasaanku tika pengumuman keputusan oleh hakim mahkamah tersebut. Aku masih terngiang-ngiang jeritan isteriku apabila pisau di tangan kananku telah tertusuk dibahagian rusuk kirinya. Aku tak sengaja sungguh tidak sengaja. Berita kecurangan isteri bersama salah seorang staf di syarikat ku telah membakar jiwaku.  Setibanya di rumah, aku menjerit-jerit memanggil isteriku.

“  Ya bang. Ada apa terjerit-jerit ni?. Tanya isteriku dengan nada yang pelik.

Teringatkan kata-kata setiausahaku di pejabat tadi.
“ Saya nampak Puan Liza dengan Haziq makan di restoran. Mesra sangat saya lihat”. Dengan nada meluat.

  Nafsu amarah mula menguasai kewarasan akal, terus menampar isteri ku. Terjelopok isteriku disisi cabinet dapur.

“ Sampai hati abang buat saya macam ni. Apa salah saya?”. Tanyanya berserta tangis.

“  Kau curang! Kau curang! Kau curang! Arghhhh!”. Aku terus terusan memukul tanpa mendengar sebarang penjelasan yang cuba diperkatakan oleh isteriku. Kemudian, berlaku sedikit pergelutan lalu isteri ku bangun  mencapai sebilah pisau pemotong daging yang berada di atas cabinet.

“ Jangan datang dekat!”. Dia memberi amaran. Langsung tidak terkesan dengan amaran tersebut. Aku bertindak mendekatinya dan merampas pisau tersebut daripada tangannya. Mungkin kerana takutkan aku, isteriku telah cuba melarikan diri. Tetapi aku telah cuba untuk menghalang  dan tanpa disengajakan pisau yang ku pegang telah tertusuk ke dalam tubuh isteriku. Aku tergamam.

“ Sa…Sa…ya tak per..nah cu..rang de..ngan a..wak”.  Dia mengucapkan syahadah dan dengan perlahan matanya tertutup menandakan pengakhiran kehidupannya di dunia ini.

************************

‘Encik..encik ..”. Tepukan lembut dibahuku telah menyedarkan aku daripada lamunan. Beberapa orang pegawai polis membawa aku keluar setelah aku dijatuhkan hukuman. Saat kaki aku melangkah keluar dari mahkamah, airmata lelakiku telah mengalir keluar setelah sekian lama terkurung didalam empangan airmataku. Bukan kerana takutkan hukuman tetapi perasaan kesal yang menghempap kepalaku. Setiap kali kakiku melangkah bayangan isteriku muncul seperti membuka kembali kotak-kotak kenangan aku bersama isteri. Kenangan tinggal kenangan.

Tika ini, aku dalam perjalanan menuju ke “rumah baru”. Jika ada yang bertanya sama ada aku takut ataupun tidak. Jawapannya tidak langsung tidak. Yang ada hanyalah satu perasaan bersalah yang menyelubungi diri ini.Setelah selesai  beberapa proses, aku terus dibawa ke sel. Derap langkahku cukup menunjukkan betapa pasrahnya aku terhadap kehidupan ini. Dengar juga siul-siulan daripada ‘jiran-jiran’ baharuku ada juga yang menegur. Aku butakan mata dan pekakkan telinga. Tidak terniat dihati untuk mencari teman. 21 tahun..21 tahun.. 21 tahun, angka yang bermain-main dimindaku. Aku tersenyum sinis. Mengenangkan kebodohanku sendiri.

************************

1.2.2034, sudah hampir 21 tahun aku menginap disini. Tinggalku bilang saja hari untukku keluar dari sini. Sepanjang 21 tahun ini, banyak sudah yang terjadi. Perubahan demi perubahan dapat aku saksikan. Yang paling ketara adalah aku. Dulu aku pencinta setia duniawi tapi kini menjadi penagih cinta sejati  penciptaNYA. ‘ Rumah’ ku ini pun telah banyak yang berubah..

Bermula pada awal tahun 2023, setiap banduan akan menerima satu cip pengesan yang akan dimasukkan di lengan kiri. Kemudian , pintu sel-sel yang didiami tidak lagi menggunakan kunci tetapi pengesanan anak mata dan cap jari oleh warden penjara yang bertugas. Alatan ini dinamakan ‘Thumbeye Detector’. Selain itu, setiap sel juga mempunyai sebuah alat yang akan mengeluarkan asap. Alat ini digunakan untuk menenangkan banduan yang mungkin secara tiba-tiba berada diluar kawalan. Apabila asap dibebaskan, sesiapa yang menghidu akan tidak menyedarkan diri selama 1 jam. Selain itu, dinding-dindingnya pula diperbuat daripada besi tahan karat yang telah diletakkan satu bahan yang membolehkan para pegawai penjara mendengar setiap perbualan banduan. Paling menarik, setiap 20 minit akan ada dua buah robot berbentuk burung yang diberi nama ‘C Bird’ akan terbang memasuki setiap sel untuk memastikan keberadaan banduan. Di samping itu, C Bird akan  melihat setiap inci dinding dan lantai agar tiada sebarang barangan terlarang. Selain itu, C Bird juga akan memeriksa jika ada kerosakan dan keretakkan yang mungkin akan mengganggu kelancaran system.Suasana di penjara pada tika itu, sangat teratur dan sistematik. Segala kerja yang memerlukan tenaga kerja seorang manusia akan dilakukan oleh robot tetapi masih dikawal oleh manusia.

Walaubagaimana pun, manusia tetap manusia, robot juga akan kekal menjadi robot. Tiada yang sempurna ciptaan daripada seorang yang bergelar manusia. Oleh kerana aku telah lama tinggal disini, aku dapat mengesan beberapa kekurangan system yang dipasang. Jadi, aku dan satu-satunya rakanku yang bernama Fakhrul, iaitu seorang bekas juruterbang jet peribadi telah merancang untuk melarikan diri.

Kami telah menyusun  beberapa perancangan. Perancangan yang pertama ialah kami telah membuat isyarat palsu dengan tangan kanan di dewan makan. Sengaja kami menonjolkan diri agar dapat dikesan oleh para pegawai penjara.

“  Esok tepat jam 10.15 jumpa di blok B”. Isyarat ini bertujuan untuk memastikan para pegawai penjara akan lebih menumpukan penjagaan di blok tersebut dan melonggarkan penjagaan di blok lain.  

Setiap hari jam pukul 9-10 malam , kami akan berkumpul di bilik ICT untuk mengetahui berita tentang dunia luar. Terdapat sebuah kerusi dan sebuah skrin untuk setiap banduan. Terdapat juga cermin mata 3D. Sememangnya seperti berada dihadapan kita.Terasa agak teruja setiap kali mendengarnya. Tepat jam 10, semua akan masuk semula ke dalam sel masing-masing. 10 orang warden  yang sepatutnya menjaga pergerakkan kami telah dikurang kepada 2 orang sahaja. Selebihnya, telah diarahkan untuk menjaga blok B. Mengambil kesempatan itu, aku dan Fakhrul tidak menuju ke sel sebaliknya menuju ke bilik kawalan. Bilik ini adalah bilik yang mengawal semua system di penjara ini. Untuk memasuki bilik ini, kami telah meniru suara salah seorang warden penjara yang sering bermegah tentang kerjanya dibilik kawalan. Gelaran bekas  jurutera mekanikal telah memberi kelebihan kepadaku. Aku telah mengganggu beberapa system yang menyebabkan segala teknologi menjadi kucar-kacir . Seterusnya, mematikan kuasa elektrik yang menjadi sumber kuasa utama. Kemudian, kami dengar suasana menjadi riuh-rendah.  Kami berpandangan sama sendiri. Misi pertama Berjaya.

Setelah itu, kami terus menuju ke tempat penghantaran bahan mentah. Tempat tersebut menggunakan satu saluran besi untuk menghantar bahan mentah.  Kebiasaanya, saluran ini akan dibuka pada pukul 10-11 malam. Maklumat ini telah aku perolehi ketika aku bertugas dibahagian dapur dan mendengar perbualan tukang masak.  Oleh kerana, pada waktu itu keadaan menjadi huru-hara, tempat penghantaran makanan telah dibiarkan kosong dan terbuka. Amat memudahkan kerja kami. Tergelak kecil. Cuai.  Tanpa melengahkan masa, kami telah memasuki ke dalam saluran tersebut. Kami mengambil masa lebih kurang 1 minit untuk merangkak keluar daripada saluran itu. Akhirnya kami keluar tanpa sebarang halangan. Kami  terus menuju kearah hutan yang berasa disebelah kanan yang selama ini tidak pernah tahu pun kewujudannya. 10 minit kemudian, kami sudah keluar daripada hutan. Tergamam. Macam masuk ke dunia yang lain. Walaupun, sudah banyak kali kami saksikan di bilik ICT tetapi kali ini sungguh berbeza. Jauh berbeza daripada yang kami bayangkan. Banyak objek yang berbentuk kereta terbang setinggi dua meter daripada jalan. Manusia-manusia berjalan dengan pantas seperti mengejar sesuatu padahal pada waktu itu sudah menunjukkan 10.20 p.m. aku tersedar sesuatu, kami harus bergerak. Belum sempat kami memulakan langkah. Kedengaran bunyi yang sangat bising dan lengan kiriku terasa sakit yang amat. Aku melihat ke ararh tangan kiriku seperti ada benda yang berkelipan berwarna merah didalam lenganku. Kemudian, aku terus tidak sedarkan diri.


************************

Cahaya yang menyilaukan telah menyedarkan aku. Aku bangun daripada perbaringan secara perlahan kerana badanku terasa sedikit lenguh. Aku memerhati sekeliling, kerana tempat tersebut sungguh asing bagiku. Tertera papantanda elektronik ‘Bilik Rawatan’. Ada seorang doctor dan seorang warden penjara.

“  Sudah  10 jam awak pengsan. Saya doctor Amran  yang akan bersama awak selama beberapa hari ini”. Ucap Dr. Amran dengan tenang.

“ Tapi doctor, apa sebenarnya yang terjadi?”. Tanyaku yang agak kebingungan. Terdengar gelak kecil daripada mulut doctor itu.

“ Tenang saja. Awak sebenarnya telah terkena kesan ubat yang telah diletakkan di dalam cip pengesan di lengan tu. Untuk pengetahuan awak, cip pengesan tersebut akan mengeluarkan cecair yang akan bertindak balas apabila awak bergerak menjauhi penjara melebihi dua kilometer”.  Ucapnya. Dr Amran juga mengatakan aku harus menjalani terapi “reverse psikologi” sebagai denda akan cubaanku untuk melarikan diri. 

“ Terapi “reverse psikologi” sebagai hukuman?”.  Aku seperti tidak percaya.

“ Ya, zaman teknologi yang serba canggih ini, kerajaan telah menetapkan agar tiada lagi kekerasan yang digunakan untuk menghukum seseorang tetapi hanya perlu mainan minda. Hal ini kerana , pakar-pakar telah membuat penyelidikan bahawasanya, terapi ini lebih berkesan berbanding kekerasan.” Jelasnya dengan yakin.

*************************
Pada sesi terapi yang pertama , aku telah dibawa ke sebuah bilik kaca yang dilengkapi dengan set ‘home theatre’. Kemudian, aku dipaparkan dengan rakaman video 3D tentang hukuman Allah  kepada hambanya yang  ingkar. Bila ku kenang kembali,sudah berapa lama aku tidak menunaikan suruhanNya? dan  sudah berapa lama aku mengejar harta dunia semata?. Aku benar-benar lalai. Tidak pernah terlintas dibenak ku selama ini, memiliki harta yang banyak juga merupakan suatu ujian dari Allah yang mahu menguji ketaqwaan hambanya. Nyata, aku gagal. Aku menangis semahu-mahunya mengenangkan dosa-dosa ku yang lalu. Walaupun begitu, aku bersyukur kerana Allah telah memberiku hidayah untuk kembali ke jalan-Nya.Sejak sesi terapi yang pertama itu, aku cuba menjadi seorang muslim yang lebih baik.
*************************
Matahari berganti bulan, siang bertukar malam dan terang berubah gelap. Masa berlalu dengan pantas. Sudah cukup aku disimpan disini. Hari ini aku perlu kembali ke tempat asalku. Perasaan bercampur baur. Gembira, takut, gementar, dan teruja  bercampur menjadi satu, melahirkan suatu perasaan yang sukar digambarkan. Sebelum aku melangkah keluar, aku telah diberikan sepersalinan pakaian dan sekeping kad berwarna ungu.

“ Kad ini untuk apa?. Soal ku.

“ Sekarang tiada lagi penggunaan wang kertas. Semuanya, menggunakan kad ini. Di dalam ini, ada lebih kurang RM 2000. Gunakanlah sebaik mungkin. Semoga Berjaya diluar sana”. Kata pengawai penjara tersebut berserta senyuman.

************************
“ Terima kasih, pakcik”. Ucapku kepada pemandu teksi tersebut. Sedikit kagum dengan kereta yang dijadikan sebagai teksi. Teksi tersebut menggunakan enjin v12 yang  memiliki 660 kuasa kuda dan mampu memecut sehingga 330 Km/j. Badannya berwarna merah menyala manakala dalamnya diperbuat daripada kulit berwarna hitam berbenangkan merah. Tingginya pula 1.12 meter sahaja. Pada suatu ketika dahulu mungkin kereta bercirikan ini akan dikagumi tetapi pada hari ini kereta tersebut hanya menjadi sebuah teksi jika nak dibandingkan dengan kereta yang boleh terbang. Aku memerhati sekeliling, jauh berubah. Terlalu jauh.

Kerja. Ya aku perlu kerja untuk menyara hidupku yang sabatang kara ini. Berbekalkan sekeping kad, aku mencari kerja. Tidak berhasrat untuk memilih kerja, yang penting halal dan diredai. Setelah lebih 20 buah tempat aku kunjungi, semuanya menolak kerana aku bekas seorang banduan. Sungguh tidak ku duga, zaman sudah berubah tetapi minda masih ditakuk lama. Bilalah mahu maju, aku tidak pasti. Tanpa kenal erti lelah, aku terus-menerus mencari kerja. Berkat kesabaranku , aku telah diterima bekerja di sebuah kedai kasut.

“  Terima kasih kerana sudi menerima saya bekerja disini”. Kataku.

“ Encik pernah tolong saya, apalah salah saya membalas budi”. Jawab pemilik kedai kasut itu.

“ Maafkan saya, tapi saya tolong apa?. Tanyaku.

“ Encik mungkin tidak ingat, tapi saya masih ingat. Encik pernah membiayai pembedahan anak saya  suatu ketika dahulu.”  Dengan penuh rasa terima kasih. Betullah kata orang, budi yang baik akan dikenang. 

Sekarang aku bekerja disini.Kedai tersebut menggunakan system pandu lalu. Diluar kedai akan ada hologram kasut-kasut yang dipaparkan. Pelanggan hanya perlu menghulurkan ibu jari untuk mengesan saiz kasut. Tugasku adalah sebagai seorang ‘operator’. Lama – kelamaan , aku semakin faham dengan dunia sekarang. Segalanya serba pantas.

Tembok batu membuka minda dan mataku. Apa-apa yang ada didunia ini adalah milik Allah. Jangan sesekali terleka nanti terluka. Belajarlah untuk berkongsi apa yang kita ada. Dunia ini bukan milik kita.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LUMRAH MANUSIA

Manusia
Jika kita lihat hari ini
Ramai yang melebihkan dunia
Sebanyak mana pun hartamu yang dibawa mati
hanyalah jasadmu
.
Berbanding akhirat yang kekal abadi

Manusia
Jika kita dengar hari ini
Ramai yang menjadi hamba
Kepada perhiasan dunia
Leka cukup leka
Alpa cukup alpa

Manusia lagi
Pernahkah terdetik
Dihati kecil mu tentang
Untuk apa?
Mengapa?
Manusia itu hidup di dunia
Jika tidak.
Pejam mata, tepuk dada dan Tanyalah imanmu

Manusia-manusia
Hidup tidak pernah puas
Andai sudah punya Satu
Dikatakann tidak cukup
Sudah lumrah seorang manusia
Tidak pernah cukup,
tidak pernah puas
Dan tidak pernah bersyukur

Manusia jangan terlalu asyik
Dengan dunia
Kita adalah khalifah
Kita mengepalai dunia,
Kita  nakhoda sebuah kapal,
Kita ketua kepada sebuah peperangan
Andai tumbangnya seorang khalifah
Maka
Habis hancur rakyatnya
Sedarlah manusia
Hidup kita ini
Besar tanggungjawabnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS